Assalammualaikum...
Tanggal 25 Julai 2014 aku mendapat berita yang amat mendukacitakan.. yang amat memukul sanubari ini... aku kehilang seorang daripada family aku... Pulang daripada sekolah aku sempat melelapkan mata sebelum mendapat tahu tentang berita tersebut... Berita yang disampaikan oleh adikku membuatkan aku menangis serta merta... aku tidak dapat menaha rasa sebak dia hati... Pak Long aku telah kembali ke rahmatullah... aku tidak menyangka akan pemergiannya itu... sedangkan semasa aku tidur aku bermimpikan pak long... dia juga mendapat tawaran pergi menunaikan haji pada tahub ini, tetapi dia tidak berkesempatan... aku memang agak rapat dengan pak long... aku berasa amat sedih sekali... aku tidak sempat berjumpa dengannya buat kali terakhir... sesungguhnya tahun ini memang aku tak ada mood nak raya.. rupanya ini yang berlaku... kejadian yang sememangnga tidak dapat disangka...
Aku akan merinduinya memanggilku Kak Wa, membuat lawak. Dia layan aku bercerita berceloteh... aku sudahpun merinduinya... aku sendiri tidak mampu menanggungnya, apatah lagi keluarga pak longku... sem Allah SWT memberikan kekuatan kepada mereka terutamanya Mak Longku... aku tidak sanggup untuk melihat wajah abang dan kakak sedaraku apabila mereka mengalirkan air mata... kesedihan itu dirasai oleh semua orang... aku sendiri tidak dapat menahan rasa sebak apabila melihat wajah awrah buat kali terakhir... sesungguhnya ia amat perit untuk diluahkan... sungguh raya kali ini amat berbeza, pak long sudah tiada... apa lagi yang dapat aku lakukan.. aku amat merinduinya...
AL-FATIHAH buat arwah Pak Longku, Mohd Mohajir.... 😔😔😔